Halaman

Sabtu, 3 Disember 2011

Boeing 787 Dreamliner


Boeing 787 Dreamliner merupakan pesawat komersil pertama yang dibuat dengan majoriti bahan komposit manakala pesawat sebelum ini menggunakan Aluminium. Pengurangan berat, rekaan semula hidung dan aerodinamik pesawat membuatkan Boeing 787 Dreamliner 20% lebih efisyen dalam penggunaan minyak berbanding Boeing 767 yang mempunyai saiz yang sama.

Selaras dengan konsep pesawat lebih mesra alam, bahagian enjin dan sayap direka bagi mengurangkan kesan pencemaran bunyi. Enjin pesawat ini yang mempunyai struktur bentuk gigi yang menurut Boeing mengurangkan kebingitan enjin apabila terbang. Boeing juga bercadang untuk meletakkan peralatan "Head Up Display" (alat paparan visual yang biasanya digunakan di dalam pesawat pejuang) bagi membenarkan juruterbang melihat objek disebalik awan bagi mengelakkan pertembungan di udara dengan pesawat lain.

Rekaan dalaman Boeing 787 Dreamliner juga lebih maju dari pesawat yang ada sekarang. Lampu didalam kabin akan menjadi terang dan gelap mengikut cahaya diluar pesawat secara automatik. Tingkap penumpang juga 30% lebih besar bagi membenarkan pencahayaan semulajadi kabin. Tingkap ini juga boleh digelapkan mengikut kehendak penumpang.








Sumber : Klik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan