Halaman

Rabu, 26 Ogos 2015

Senarai Organisasi Yang Berkaitan Dengan Industri Aeroangkasa

Berikut merupakan senarai penuh organisasi yang berdaftar di bawah MiGHT (Malaysian Industry-Government Group for High Technology). Kesemuanya berjumlah 214 organisasi yang secara langsung berkaitan dengan industri aeroangkasa. 




Ahad, 22 Disember 2013

Senarai Syarikat MRO (Maintenance, Repair & Overhaul) Di Malaysia

MRO ialah kata singkatan kepada Maintenance, Repair and Overhaul atau Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih. MRO juga boleh didefinisikan sebagai "segala tindakan yang mempunyai objektif untuk mengekalkan atau memulihkan sesuatu perkara dalam keadaan di mana ia boleh melakukan fungsi yang ditetapkan.". Terdapat 32 syarikat MRO di Malaysia yang menyediakan servis tersebut kepada pesawat kecil, peribadi, komersil, kargo dan ketenteraan.


Sabtu, 21 Disember 2013

Pelan Pembangunan Lapangan Terbang Terapung Britannia, London

Lapangan Terbang Heathrow, London adalah lapangan terbang keempat paling sibuk di dunia dan lapangan terbang ini tidak cukup besar untuk mengendalikan dua kali ganda trafik yang diramalkan oleh Jabatan Pengangkutan United Kingdom pada tahun 2030. .

Terdapat cadangan untuk membina landasan ketiga tetapi keburukkannnya keseluruhan kampung-kampung perlu dirobohkan kerana Heathrow terletak di kawasan yang padat di luar London.

Oleh sebab itu, Thames Estuary Research and Development Company (Testradtelah mengeluarkan pelan baru yang "inovatif dan menakjubkan". Iaitu mengambil kesempatan daripada ruang yang tidak digunakan dengan membina sebuah lapangan terbang baru yang terapung di muara Sungai Thames. Lapangan Terbang ini dinamakan Lapangan Terbang Britannia, London.

Pandangan dari udara

Khamis, 28 November 2013

Boeing 777X - Pesawat Komersial Pertama Yang Mempunyai Sayap Boleh Dilipat

Ketika Pertunjukan Udara Dubai yang berlangsung pada tahun ini, Boeing telah melancarkan pesawat komersil terbaru mereka iaitu Boeing 777X. Ciri-ciri terbaru pesawat tersebut ialah sayap pesawat boleh dilipat. Sayap yang dilipat akan meningkatkan kelebaran sayap ketika di udara dan akan menjimatkan bahan api. Sayap pesawat boleh dilipat juga memudahkan pendaratan di lapangan terbang konvensional yang dibina untuk pesawat komersial bersaiz kecil.


Sabtu, 12 Oktober 2013

Pesawat MASwings Terhempas Di Kudat, Sabah [10 Oktober 2013]

Kota Kinabalu: Dua kematian manakala seorang cedera parah dilaporkan apabila sebuah pesawat ringan jenis Twin Otter milik MASwings tergelincir dari landasan dan merempuh sebuah rumah semasa mendarat di Lapangan Terbang Kudat di bahagian utara Sabah.