Halaman

Sabtu, 12 Oktober 2013

Pesawat MASwings Terhempas Di Kudat, Sabah [10 Oktober 2013]

Kota Kinabalu: Dua kematian manakala seorang cedera parah dilaporkan apabila sebuah pesawat ringan jenis Twin Otter milik MASwings tergelincir dari landasan dan merempuh sebuah rumah semasa mendarat di Lapangan Terbang Kudat di bahagian utara Sabah.



Jumaat, 4 Oktober 2013

Lapangan Terbang Antarabangsa Hefei Xinqiao Yang Berbentuk Pesawat Pengebom B2

Di Hefei, ibu kota Provinsi Anhui, China terdapat sebuah lapangan terbang antarabangsa yang baru dibina. Ianya mula dibina pada Disember 2008 dan dibuka 30 Mei yang lalu dengan jumlah pelaburan 3.278 billion yuan. Lapangan Terbang Antarabangsa ini dibina bagi menggantikan Lapangan Terbang Luogang sebagai lapangan terbang utama Hefei. Lapangan terbang antarabangsa ini dikendalikan oleh Anhui Civil Aviation Airport Group Co. Ltd.


Bell AH-1Z Viper - Helikopter Tempur Terbaru Kor Marin Amerika Syarikat

Bell AH-1Z Viper adalah sebuah helikopter tempur enjin berkembar berdasarkan AH-1W SuperCobra yang telah dibangunkan untuk Kor Marin Amerika Syarikat. AH-1Z mempunyai empat bilah, tidak mempunyai bearing, sistem rotor utama komposit, penghantaran uprated dan sistem penglihatan sasaran yang terbaru. AH-1Z adalah sebahagian daripada penaiktirafan program H-1. Ia juga dikenali sebagai "Zulu Cobra". Terdapat 28 buah Bell AH-1Z SuperCobra telah dibina dan kos setiap unit ialah US$31 juta.


Penerbangan Komersil Terpendek Di Dunia

Penerbangan komersial terpendek di dunia berlaku di antara dua Kepulauan Orkney, Westray dan Papa Westray , di utara Scotland yang dipisahkan dengan jarak hanya 1.7 km. Penerbangan ini diuruskan oleh Loganair dan tempoh penerbangan yang secara rasmi ialah selama dua minit tetapi di bawah keadaan angin ideal penerbangan hanya selama 47 saat. Tiket dijual pada harga kira-kira $30 setiap penumpang dan tidak ada perkhidmatan dalam penerbangan.