Halaman

Khamis, 29 Disember 2011

Pesawat Pejuang Generasi Keempat "Stealth" China

 Chengdu J-20


Pesawat pejuang ini kini sedang menjalani ujian di Insitut Rekaan Pesawat Chengdu dan kewujudannya menyebabkan beberapa pengkaji senjata ketenteraan dunia tidak senang duduk. 


Chengdu J-20 bakal memberikan China keupayaan pesawat tempur dan pengebom anti perkapalan jarak jauh yang sukar dikesan radar. Hanya beberapa minggu yang lalu China melakukan ujian misil anti perkapalan jarak jauh mereka. 

Dalam masa satu tahun, China menunjukkan mereka mempunyai sistem pertahanan yang boleh menenggelamkan kapal pengangkut kapal terbang yang dimiliki USA. Pada masa yang sama, China sedang membina pesawat pengangkut kapal terbang mereka sendiri bagi mengimbangi keupayaan USA.






Sumber : Klik


Tiada ulasan:

Catat Ulasan