Halaman

Sabtu, 13 Julai 2013

Penerbangan Sulung Airbus A350 XWB

Pada 14 Jun 2013 yang lalu, Airbus A350 XWB telah melakukan penerbangan sulung dan telah berlepas di Lapangan Terbang Toulouse Blagnac, Perancis. Berikut merupakan petikan video penerbangan sulung yang telah dikeluarkan oleh Airbus.

Tahniah untuk Airbus di atas kejayaan penerbangan sulung Airbus A350 XWB.

Airbus A350 XWB menunggu di belakang penghantaran pesawat Airbus A330 Cebu Pacific.

Jumaat, 12 Julai 2013

10 Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia 2013


Ranking syarikat penerbangan terbaik dunia ini disediakan oleh Skytrax iaitu perunding yang   berpengkalan di United Kingdom yang menguruskan web mengenai review dan ranking untuk syarikat penerbangan dan lapangan terbang.

10 Lapangan Terbang Terbaik Dunia 2013


Ranking lapangan terbang terbaik dunia ini disediakan oleh Skytrax iaitu perunding yang berpengkalan di United Kingdom yang menguruskan web mengenai review dan ranking untuk syarikat penerbangan dan lapangan terbang.

Enjin Turbofan Pesawat Terbesar Di Dunia - General Electric GE90

Enjin Turbofan General Electric GE90 ialah enjin kapal terbang terbesar dan juga paling berkuasa di dunia. Enjin ini diperkenalkan pada 12 November 1995 untuk kegunaan pesawat Boeing 777 British Airways dan dihasilkan oleh GE Aviation. Diameter enjin pesawat GE90 ialah sekitar 3.12 m (123 in.). Diameter enjin ini adalah lebih besar daripada enjin yang digunakan pada pesawat penumpang terbesar di dunia iaitu Airbus A380 yang hanya berukuran 2.94 m (116 in.).


Khamis, 11 Julai 2013

Pesawat Boeing 777 Asiana Terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco

Pada 6 Julai 2013 lalu, pesawat Boeing 777 Asiana telah terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco dan telah mengakibatkan kematian dua orang penumpang. Pesawat yang berlepas dari Korea Selatan menuju ke San Francisco telah membawa seramai 307 orang iaitu 291 penumpang dan 16 krew. Warganegara penumpang terdiri daripada 141  dari China, 77 dari Korea Selatan dan 61 dari Amerika Syarikat.