Halaman

Ahad, 25 Disember 2011

Helikopter Mengangkut Kapal Terbang

Mil Mi 26 - Halo


Mil Mi 26 - Halo merupakan helikopter buatan Russia. Mil Mi 26 - Halo ialah helikopter yang boleh mengangkut beban paling berat di dunia yang masih beroperasi. 

Mula dibina pada awal 70-an dan memulakan operasi pada tahun1980-an, Mil Mi 26 - Halo ialah sebuah helikopter yang sangat menakjubkan. Selepas reaktor Chernobyl meledak di Ukraine pada tahun 1986, helikopter ini digunakan bagi menerbangkan bahan insulasi ke dalam reaktor yang kini terbuka dan melepaskan bahan radioaktif ke udara. 

Pada tahun 1999 helikopter jenis ini juga digunakan bagi mengangkut bayi gajah primitif Mammoth yang ditemui beku di Siberia. Ini adalah kerana hanya Mil Mi 26 - Halo mampu mengangkat bongkah ais berisi gajah primitif Mammoth seberat 25 tan tersebut! Helikopter ini juga digunakan bagi operasi bahaya.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan