Halaman

Khamis, 28 November 2013

Boeing 777X - Pesawat Komersial Pertama Yang Mempunyai Sayap Boleh Dilipat

Ketika Pertunjukan Udara Dubai yang berlangsung pada tahun ini, Boeing telah melancarkan pesawat komersil terbaru mereka iaitu Boeing 777X. Ciri-ciri terbaru pesawat tersebut ialah sayap pesawat boleh dilipat. Sayap yang dilipat akan meningkatkan kelebaran sayap ketika di udara dan akan menjimatkan bahan api. Sayap pesawat boleh dilipat juga memudahkan pendaratan di lapangan terbang konvensional yang dibina untuk pesawat komersial bersaiz kecil.