Halaman

Isnin, 28 November 2011

Boeing 747 Dreamlifter - Pesawat Kargo Gergasi Boeing


Boeing 747 Dreamlifter ialah 4 pesawat khas yang dibina oleh Boeing bagi memudahkan operasi pemasangan pesawat 787 Dreamliner mereka. Komponen pesawat ini dibuat di merata dunia menyebabkan pengangkut kargo gergasi diperlukan. Pada awalnya Boeing bercadang menggunakan kapal kargo biasa tetapi masa yang diambil untuk berlayar adalah terlalu lama. Sebagai contoh sayap 787 dibina di Jepun tetapi kilang pemasangan akhir pesawat terletak di Amerika Syarikat.

Boeing 747 Dreamlifter ialah pesawat Boeing 747-400 yang diubahsuai. Pesawat ini membuat penerbangan pertama pada tahun 2006. Badan pesawat Boeing 747 Dreamlifter dilebarkan sebanyak 6 kaki kepada 27 kaki. Tinggi ditambah sebanyak 7 kaki manakala bahagian ekor Boeing 747 Dreamlifter boleh dibuka dan dibengkokkan bagi memberi akses kepada ruangan kargo. Apa yang menarik jumlah muatan maksimum yang dibenarkan dibawa Boeing 747 Dreamlifter sebenarnya lebih kecil dari pesawat Boeing 747-400. Pesawat ini direka untuk kegunaan dalaman Boeing dan bukan untuk dijual.





Sumber : Klik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan