Halaman

Selasa, 27 Disember 2011

Sukhoi PAK FA


Pesawat pejuang Sukhoi PAK FA (Prospective Airborne Complex of Frontline Aviation) yang terbaru direka hasil kerjasama Russia dan India. Pesawat pejuang generasi kelima ini ialah sebuah pesawat "stealth" yang dibina bagi menyaingi pesawat pejuang F-22 milik Tentera Udara Amerika Syarikat. 

Setakat ini dua prototaip Sukhoi PAK FA sudah dibina dan ia akan mula dijual kepada tentera udara lain pada tahun 2015. Pihak Sukhoi bercadang membina 1000 buah pesawat ini dalam jangka masa 40 tahun. Russia akan menerima 10 pesawat pertama mulai tahun depan dan kemudian India. Pihak tentera udara Russia bercadang menggunakan 200 pesawat pejuang Sukhoi PAK FA sebagai pesawat tempur barisan hadapan mereka manakala India sudah menempah 600. 

Harga sebuah Sukhoi PAK FA ialah dalam lingkungan USD 50 juta. Kos pembangunan program ini pula sudah menjangkau USD 8 billion. Seperti F-22 Raptor, Sukhoi PAK FA juga mempunyai ruangan simpanan senjata yang tersorok di dalam badan pesawat bagi menyukarkan ianya dikesan radar.

Kewujudan Sukhoi PAK FA dan Chengdu J-20 milik China bakal menghangatkan perlumbaan senjata masa depan. F-22 milik USAF kini tidak boleh terbang sejak April kerana terdapat masalah pada"oxygen delivery system". Tahukah anda dengan harga sebuah F-22 anda boleh membeli 3 Sukhoi PAK FA. Disamping itu kerajaan Amerika sudah membelanjakan USD 384 Billion bagi membangunkan program pesawat pejuang generasi kelima mereka.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan