Chengdu J-20
Khamis, 29 Disember 2011
Selasa, 27 Disember 2011
Ahad, 25 Disember 2011
Sabtu, 24 Disember 2011
Rekaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait
Ini ialah rekaan lapangan terbang terbaru Kuwait yang bakal dibina tidak lama lagi. Ianya rekaan Firma Foster and Partners yang mereka kampus terbaru Apple berbentuk UFO dan Universiti Teknologi Petronas. Macam kebanyakkan rekaan Firma Foster and Partners , bangunan ini banyak menggunakan ruang terbuka dan atap yang tinggi. Lapangan terbang ini bakal menjadi lapangan terbang paling mesra alam dengan pensijilan tahap emas LEED. Bahagian atapnya mempunyai lubang terbuka yang memberikan pencahayaan semula jadi di waktu siang. Ini menjimatkan penggunaan lampu. Atapnya juga diletakkan panel "photovoltaic" yang dapat menghasilkan tenaga elektrik. Apabila siap kelak, dua terminal berbentuk tiga segi ini mampu menampung sebanyak 13 juta penumpang setahun.
Jumaat, 23 Disember 2011
Proses Menukar Tayar Kapal Terbang
Berikut merupakan proses sebuah kapal terbang milik Cathay Pacific ditukar. Sedikit fakta tentang tayar kapal terbang, sebagai contoh sebuah pesawat Boeing 747 mempunyai 18 buah tayar yang setiap satunya seberat 209 kg. Tayar harus ditukar setiap 1500 pendaratan dan dalam jangka hayat ini ianya akan di bungakan semula sebanyak enam kali. Proses menukar tayar seperti dibawah mengambil masa diantara 45 minit hingga ke satu jam.
Jumaat, 16 Disember 2011
Antonov AN-225 - Pesawat Pengangkut Gergasi Buatan Rusia
Antonov AN-225 ialah kapal terbang pengangkut terbesar di dunia. Lebih besar lagi dari Airbus A380. Tujuan asal ianya dibina ialah untuk mengangkut kapal angkasa program angkasa Soviet Union. Program Shuttle atau Buran terhenti kerana kejatuhan kerajaan Soviet Union. Akibatnya, program pembinaan AN-225 juga terkandas. Ianya hanya kembali beroperasi di awal tahun 2000 apabila ada permintaan untuk mengangkat kargo yang sangat berat dengan cepat. Rekod angkutan maksimum Antonov AN-225 ialah 189 000 tan.
Sabtu, 3 Disember 2011
Boeing 787 Dreamliner
Boeing 787 Dreamliner merupakan pesawat komersil pertama yang dibuat dengan majoriti bahan komposit manakala pesawat sebelum ini menggunakan Aluminium. Pengurangan berat, rekaan semula hidung dan aerodinamik pesawat membuatkan Boeing 787 Dreamliner 20% lebih efisyen dalam penggunaan minyak berbanding Boeing 767 yang mempunyai saiz yang sama.
Langgan:
Catatan (Atom)