Halaman

Sabtu, 29 Oktober 2011

Rekaan Pelik Kerusi Penumpang Kapal Terbang

Skyrider Seats


Kerusi berkonsepkan pelana ini dinamakan "Skyrider Seats". Ini bermakna sepanjang penerbangan penumpang akan duduk seperti sedang menunggang kuda. Tujuan kerusi ini direka ialah bagi memaksimakan jumlah penumpang didalam sesebuah kapal terbang. Sasaran psarannya ialah syarikat penerbangan tambang murah yang mahu menjimatkan kos dan menaikkan keuntungan.

Skyrider ialah produk rekaan syarikat Aviointeriors dari Itali. Menurut kajian Aviointeriors, tempat duduk pelana mereka sesuai untuk perjalanan singkat dibawah had masa 5 jam. Mereka mendapat ilham untuk rekaan ini setelah melihat orang yang menunggang kuda selama berjam-jam tanpa merasa letih. Jika kerusi ini menggantikan kerusi yang sedia ada, sesebuah pesawat boleh menempatkan 50% lagi penumpang sekaligus mengurangkan kos operasi sebanyak 20%.




Sumber : Klik


Tiada ulasan:

Catat Ulasan