Halaman

Sabtu, 29 Oktober 2011

Kamov KA-52 Black Shark

Helikopter Tempur Tentera Udara Russia



Helikopter tempur ini mempunyai muatan senjata sebanyak 10 800 kg dan mampu memecut sehingga 270 kmj. Kamov KA-52 sebenarnya variasi kepada KA-50 yang hanya mempunyai ruang untuk seorang juruterbang sahaja. 

Setelah melihat bagaimana efektifnya krew helikopter Apache Longbow milik kuasa barat, syarikat Kamov mereka KA-52 bagi membenarkan 2 orang krew bertugas didalam helikopter milik mereka. Seorang menerbangkan helikopter sementara seorang lagi menjaga sistem persenjataan. 

Apa yang uniknya tentang Kamov KA-52 ialah sama seperti KA-50 ianya mempunya kerusi lenting dan kipas berkembar. Terdapat satu lagi variasi khas yang digunakan oleh Turki yang diberi nama KA-50-2 Erdogan yang mempunyai sistem yang sama cuma konfigurasi juruterbang dan pengendali senjatanya berlainan.



Pada hub penyambung 2 set kipas utama helikopter ini terdapat peledak. Bila picu kerusi lenting ditarik (anda boleh lihat picu warna merah pada kerusi dalam gambar kokpit) peledak akan meletup dan menanggalkan kesemua 6 bilah kipas utama. Bila bilah kipas dah tertanggal, anak kapal akan dilenting keluar macam kerusi lenting biasa. 




Sumber : Klik


Tiada ulasan:

Catat Ulasan