Halaman

Sabtu, 29 Oktober 2011

Penerbangan Sulung A380 MAS


Pada 21 Oktober 2011, A380 MAS telah pun mengambil penerbangan sulung selepas ujian sistem dan pemasangan yang telah dilakukan di Toulouse, Perancis.


Penerbangan tersebut berjaya dilakukan selama 5 jam dan kembali ke Toulouse, Perancis. Kemudian pesawat tersebut akan ke Hamburg, Jerman untuk pemasangan perabot dan kelengkapan kabin.


Pesawat ini dijangka akan dihantar dalam suku kedua 2012 dan MAS adalah syarikat penerbangan ke-8 yang akan mengendalikan A380 di dunia.



Pesawat A380 MAS telah selamat mendarat di Hamburg, Jerman untuk  pemasangan perabot dan kelengkapan kabin serta proses pengecatan.


Sumber : Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan