Halaman

Khamis, 8 September 2011

Terowong Udara Terbesar Di Dunia

Terowong Udara Pusat Penyelidikan Ames



Terowong udara terbesar di dunia sebesar 80 x 120 kaki (24 x 27 meter). Ianya dibina  pada tahun 1940-an dan digunakan untuk menguji model berskala besar pesawat milik Tentera Udara Amerika Syarikat. Kawasan sekitar terowong udara ini dikawal rapi. Dari perang dunia kedua sehingga sekarang dan hanya rakyat Amerika dibenarkan masuk ke perkarangannya. 

Bagi menjana angin enam kipas besar digunakan dengan setiap satunya digerakkan oleh enjin dengan 22 500 kuasa kuda. Pada kuasa penuh 100 megawatt, angin sepantas 190 KmJ boleh dijanakan. 

Untuk memastikan bunyi yang terhasil ketika terowong udara digunakan tidak menggangu penduduk kawasan berdekatan, bahagian badan bangunan dipasang busa peredam bunyi yang berketebalan antara 8-12 kaki. 

Antara program ketenteraan dan NASA yang pernah menggunakan terowong udara ini ialah kapal angkasa, F-18 , F-117 dan X-15. Terowong udara ini sebenarnya cukup besar memuatkan sebuah pesawat Boeing 737.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan