Halaman

Jumaat, 16 Disember 2011

Antonov AN-225 - Pesawat Pengangkut Gergasi Buatan Rusia


Antonov AN-225 ialah kapal terbang pengangkut terbesar di dunia. Lebih besar lagi dari Airbus A380. Tujuan asal ianya dibina ialah untuk mengangkut kapal angkasa program angkasa Soviet Union. Program Shuttle atau Buran terhenti kerana kejatuhan kerajaan Soviet Union. Akibatnya, program pembinaan AN-225 juga terkandas. Ianya hanya kembali beroperasi di awal tahun 2000 apabila ada permintaan untuk mengangkat kargo yang sangat berat dengan cepat. Rekod angkutan maksimum Antonov AN-225 ialah 189 000 tan.

Fakta Tambahan:
  • Bahagian ekor Antonov AN-225 berkembar kerana bila ada kapal angkasa Buran pada atas pesawat, pengemudi konvensional tidak dapat berfungsi dengan baik. Boeing-747 edisi khas yang digunakan NASA untuk mengangkut kapal angkasanya juga mempunyai bahagian ekor berkembar yang sama.
  • Bonjolan pada bahagian belakang Mriya ialah "hard point" di mana kargo boleh diletakkan diluar.
  • Di dalam dunia hanya ada satu sahaja pesawat Antonov AN-225.
  • Antonov AN-225 bukan pesawat paling banyak enjin di dunia. Rekod ini dipegang oleh Hughes H-4 dengan 8 enjin.
  • Sayap Antonov AN-225 adalah lebih panjang dari jarak penerbangan pertama Wright Brothers.
  • Untuk menerbangkan Antonov AN-225 diperlukan 2 orang juruterbang, seorang jurutera kapal terbang dan seorang penunjuk arah. Pesawat ini tidak dilengkapi sistem elektronik pesawat moden.











Perbandingan Pesawat

Boeing 747 Edisi Khas
Boeing 747 Edisi Khas



Tiada ulasan:

Catat Ulasan