Halaman

Sabtu, 12 Oktober 2013

Pesawat MASwings Terhempas Di Kudat, Sabah [10 Oktober 2013]

Kota Kinabalu: Dua kematian manakala seorang cedera parah dilaporkan apabila sebuah pesawat ringan jenis Twin Otter milik MASwings tergelincir dari landasan dan merempuh sebuah rumah semasa mendarat di Lapangan Terbang Kudat di bahagian utara Sabah.




Kejadian berlaku lebih kurang pada pukul 2.55 petang, 10 Oktober 2013. Menurut sumber, difahamkan pembantu juruterbang dan seorang penumpang  telah meninggal dunia, seorang penumpang cedera parah manakala penumpang lain hanya mengalami kecederaan kecil. Terdapat 16 penumpang di dalam kapal terbang itu termasuk juruterbang.

Semua penumpang telah dikejarkan ke Hospital Kudat untuk rawatan segera.

Pegawai MASwings ketika dihubungi mengatakan akan memberi info lanjut kerana masih dalam proses mengumpul maklumat sebelum memberikan kenyataan rasmi.

Spekulasi awal menyatakan bahawa pesawat tersebut terbabas akibat dilanda angin kencang.

Menurut ketua misi menyelamat, Abd Mujun, seramai 10 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kira-kira jam 2.54 petang.

Dilaporkan terdapat tumpahan minyak susulan nahas itu.

















Kronologi Tragedi

  • 2.50 pm - Pesawat ringan jenis Twin Otter milik MASwings terhempas.
  • 2.54 pm - Panggilan kecemasan diterima. Anggota penyelamat bergegas ke tempat kejadian.
  • 4.40 pm - Bernama melaporkan 2 penumpang dalam kecederaan serius.
  • 5.00 pm - 6 dilaporkan cedera dan 3 dalam keadaan parah.
  • 8.00 pm - Mangsa dipindahkan ke Kota Kinabalu dengan menggunakn helikopter.
  • 8.20 pm - Seorang penumpang warga emas berbangsa Cina, Tan Ah Chai (96) disahkan meninggal dunia.
  • 9.30 pm - Melalui Tweeter Dr. Dhesi, beliau mengesahkan pembantu juruterbang, Marc Joel Bansh, 23, telah meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada jam 9.05 malam.
  • 10.00 pm - Sidang akhbar oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS / Pengerusi MASwings, Ahmad Jauhari Yahya.
  • 11.30 pm - Kenyataan rasmi daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS / Pengerusi MASwings, Ahmad Jauhari Yahya. [Sila Klik]



Senarai Mangsa Yang Terlibat

Meninggal Dunia
  • Tan Ah Chai - 96 tahun
  • Marc Joseph Bansh (Pembantu Juruterbang) - 23 tahun

Red (Kritikal)
  • Sue Isabella Abai - 26 tahun

Yellow (Sederhana)
  • Mohd Abd Amir (Juruterbang) - 58 tahun

Green (Stabil)
  • Fauziah Pelimin - 32 tahun
  • Mohd Raiyan Fatmi - 4 tahun
  • Nur Filzah Raudah - 1 tahun
  • Merang Bt Maharani - 54 tahun
  • Noorhazwin Sharom - 29 tahun
  • Chang Gee Keong - 29 tahun
  • Elranita Bt John - 25 tahun
  • Junaini Bladi - 52 tahun
  • Erwan Shah Bin Einin - 28 tahun
  • Lee Chee Kian - 39 tahun
  • Tan Kan Cian





MASwings telah menukar "Profile Picture" untuk rangkaian media sosial Facebook dengan paparan tanpa warna sebagai tanda tragedi maut kemalangan pesawat milik syarikat penerbangan itu.


Sumber: Bernama, Berita Harian dan Facebook MASwings

Tiada ulasan:

Catat Ulasan