Halaman

Jumaat, 4 Oktober 2013

Penerbangan Komersil Terpendek Di Dunia

Penerbangan komersial terpendek di dunia berlaku di antara dua Kepulauan Orkney, Westray dan Papa Westray , di utara Scotland yang dipisahkan dengan jarak hanya 1.7 km. Penerbangan ini diuruskan oleh Loganair dan tempoh penerbangan yang secara rasmi ialah selama dua minit tetapi di bawah keadaan angin ideal penerbangan hanya selama 47 saat. Tiket dijual pada harga kira-kira $30 setiap penumpang dan tidak ada perkhidmatan dalam penerbangan. 



Menurut laporan yang disiarkan dalam The Daily Mail , kira-kira 30 peratus daripada penumpang perkhidmatan itu merupakan dari Perkhidmatan Pendidikan Majlis Kepulauan Orkney, manakala yang selebihnya merupakan kakitangan kesihatan dan pesakit dari Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan Scotland. Pulau Papa Westray dihuni lebih 70 orang penduduk dan 60 buah tapak arkeologi.

Loganair telah berkhidmat sejak tahun 1960-an dan memperkenalkan penerbangan popular untuk pelancong pada tahun 2011. Penerbangan istimewa juga disediakan untuk beberapa hari pada setiap minggu ketika musim panas untuk penduduk Pulau Papa Westray pergi ke Tanah Besar Orkney.





Sumber: Klik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan