Korean Airspace Industries KF-X ialah sebuah projek pesawat tempur "stealth" Korea Selatan yang diusahakan untuk Republic of Korea Air Force (ROKAF) and Tentera Nasional Indonesia - Angkatan Udara (TNI-AU). Projek ini dihasilkan oleh Korea selatan dan Indonesia merupakan rakan kongsi utama.
Pada awalnya projek KF-X ialah projek menghasilkan pesawat tempur buatan tempatan bagi menggantikan F-5E Tiger/F Tiger II dan F-4D/E Phantom II yang digunakan oleh Republic of Korea Air Force (ROKAF) tetapi setelah beberapa tahun dalam pembangunan, pihak tentera Korea Selatan merasakan pesawat dengan kemampuan sukar dikesan radar (stealth) adalah perlu bagi menentang Korea Utara. Projek pembinaan pesawat buatan tempatan ini adalah selari dengan projek kereta kebal K1A1 dengan tujuan mengurangkan pergantungan kepada teknologi yang diimport.
Pada tahun 2010, Indonesia dilaporkan berminat untuk melakukan usaha sama dengan Korea Selatan bagi membangunkan KF-X. Indonesia bersedia menanggung 20% kos projek pesawat tempur baru ini dan akan membeli sekurang-kurangnya 50 KF-X apabila projek siap kelak.
Pada tahun 2011, dua rekaan variasi KF-X diperlihatkankan iaitu KF-X C100 dan KF-X C200. KF-X C100 mempunyai "horizontal stabilizers" manakala KF-X C200 mempunyai 'canard stabilizers".
Pada waktu ini kos projek KF-X sudah semakin meningkat. Kos pembangunan projek ini dikatakan melebihi 10 Trillion Won. Kos sepanjang hayat projek KF-X pula dikatakan dua kali ganda pesawat yang diimport.
Pada tahun 2013, jurucakap kementerian pertahanan Indonesia, Pos Hutabarat mengumumkan penggantungan projek ini selama setahun setengah. Perkara ini berlaku kerana kerajaan baru Korea Selatan kurang senang dengan kos projek tersebut.
Selain itu, Syarikat European Aeronautic Defence and Space (EADS) menawarkan pelaburan sebanyak $2 billion ke dalam projek KF-X, jika Korea Selatan memilih Eurofighter Typhoon sebagai pemenang projek F-X.
Indonesia pula masih mahu meneruskan projek ini dan syarikat aeroangkasa Indonesia, PT. Dirgantara Indonesia bersedia untuk mengambil alih fasa kedua pembangunan projek tersebut.
Sumber : Klik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan