Evergreen ialah sebuah pesawat Boeing 747-100 yang diubahsuai dengan kemampuan membawa 77 600 liter air. Evergreen direka pada tahun 2004 selepas berlaku dua kes kemalangan membabitkan dua pesawat pemadam kebakaran di US pada tahun 2002. Dua pesawat ini terhempas ketika usaha memadam kebakaran. Pihak US mendapati pesawat yang digunakan sekarang sudah ketinggalan zaman dan perlu digantikan dengan kapal terbang yang lebih moden.
Pihak Evergreen membelanjakan USD 40 Juta (RM 123 Juta) mengubahsuai sebuah pesawat 747-100 dan Evergreen Supertanker pun dibina. Pesawat ini beroperasi dengan memadamkan kebakaran dari ketinggian diantara 120–240 meter pada kelajuan 260 km/j. Secara teorinya ia mampu mencurahkan air sepanjang 5 kilometer selebar sebuah padang bola sepak dengan sebuah tangki penuh. Evergreen kali pertama beroperasi pada tahun 2009 apabila ia memadankan kebakaran di Cuenca Sepanyol.
Buat masa ini hanya ada sebuah sahaja Evergreen Supertanker dan tiada cadangan untuk menghasilkan pesawat-pesawat yang lain. Pihak Evergreen juga bekata pesawat rekaan mereka boleh juga digunakan untuk tujuan pengawalan tumpahan minyak dengan memancutkan agen penyerap minyak dari udara. Mereka juga percaya dengan sedikit pengubahsuaian, Evergreen Supertanker boleh juga mengawal tumpahan bahan kimia beracun dan pembenihan awam untuk menghasilkan hujan rekaan manusia.
Sumber : Klik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan