Halaman

Khamis, 11 Julai 2013

Pesawat Boeing 777 Asiana Terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco

Pada 6 Julai 2013 lalu, pesawat Boeing 777 Asiana telah terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco dan telah mengakibatkan kematian dua orang penumpang. Pesawat yang berlepas dari Korea Selatan menuju ke San Francisco telah membawa seramai 307 orang iaitu 291 penumpang dan 16 krew. Warganegara penumpang terdiri daripada 141  dari China, 77 dari Korea Selatan dan 61 dari Amerika Syarikat.



Dua penumpang yang meninggal dunia merupakan remaja warganegara China manakala 49 yang lain cedera parah. Menurut pengerusi Asiana, Yoon Young-doo, pesawat Boeing 777 yang terhempas tidak mengalami masalah mekanikal dan tidak menolak kemungkinan ia merupakan salah juruterbang. Walaupun begitu, pesawat tersebut telah dipandu oleh juruterbang veteran di mana salah seorang daripada mereka mempunyai lebih 10 000 jam waktu penerbangan.

















Video :




Sumber : Klik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan