Halaman

Jumaat, 12 Julai 2013

Enjin Turbofan Pesawat Terbesar Di Dunia - General Electric GE90

Enjin Turbofan General Electric GE90 ialah enjin kapal terbang terbesar dan juga paling berkuasa di dunia. Enjin ini diperkenalkan pada 12 November 1995 untuk kegunaan pesawat Boeing 777 British Airways dan dihasilkan oleh GE Aviation. Diameter enjin pesawat GE90 ialah sekitar 3.12 m (123 in.). Diameter enjin ini adalah lebih besar daripada enjin yang digunakan pada pesawat penumpang terbesar di dunia iaitu Airbus A380 yang hanya berukuran 2.94 m (116 in.).


Pada awalnya enjin ini hanya mampu menghasilkan tujahan sebanyak  74,000-115,000 lbf (329-512 kN) tetapi rekaan terkini enjin GE90 iaitu GE90-115B mampu menghasilkan  tujahan maksimum sebanyak 127,900 lbf (568.9 kN), 827 kaki atas paras laut dan sekaligus menjadi rekod dunia. Jumlah tujahan yang dihasilkan GE90-115B jauh lebih besar dari tujahan enjin Rolls-Royce Trent 900 yang digunakan pada pesawat Airbus A380. Rekaan terkini Rolls-Royce Trent 900, Trent 980-84 hanya mampu menghasilkan tujahan sebanyak 84,098 lbf (374.09 kN).


Dalam satu ujian, sebuah enjin GE90-115B dipasang pada pylon #2 pesawat ujian penerbangan GE, Boeing 747  di Lapangan Terbang Mojave. Dengan hanya menggunakan sebuah enjin GE90-115B manakala ketiga-tiga enjin Pratt and Whitney JT9D telah dimatikan semasa penerbangan, pesawat Boeing 747 masih dapat diterbangkan. Ini menunjukkan enjin GE90-115B adalh dua kali ganda berkuasa dari enjin JT9D.







Sumber : Klik


Tiada ulasan:

Catat Ulasan