Halaman

Sabtu, 2 Julai 2011

Minyak Masak Terpakai Pengganti Bahan Api Kapal Terbang

Syarikat penerbangan Belanda, KLM telah memikirkan cara yang bijak untuk mengurangkan pengeluaran karbon mereka. Iaitu dengan menggantikan bahan api kapal terbang dengan biofuel yang diperbuat daripada minyak masak yang dikitar semula.


Menurut satu kenyataan, lebih daripada 200 penerbangan antara Paris dan Amsterdam akan menggunakan bahan api yang luar biasa, bermula September 2011


Untuk pengetahuan, bahan api yang akan digunakan iaitu biokerosene, berasal dari minyak menggoreng. Ujian menunjukkan ia mempunyai spesifikasi yang sama seperti minyak tanah.




Walaupun bilangan penerbangan dengan menggunakan minyak masak terpakai sebagai bahan bakar adalah terhad kepada 200 pada masa ini,  penggunaan biokerosene adalah untuk masa depan dunia penerbangan dan mengurangkan pencemaran udara.



Sumber : Klik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan