Halaman

Jumaat, 24 Jun 2011

Pesawat Penumpang Hipersonik Masa Hadapan

Projek ZEHRA

Lakaran artis pesawat penumpang hipersonik
Syarikat aeroangkasa, European Aeronautic Defence and Space Company N.V. (EADS) yang membina pesawat Airbus mendedahkan rancangan untuk membina pesawat penumpang hipersonik yang mengambil masa dua setengah jam penerbangan dari Paris ke Tokyo. Projek ini telah berjalan selama lima tahun.

Pesawat ini juga mirip pesawat penumpang supersonik Concorde yang pernah digunakan syarikat penerbangan Air France tetapi kelajuannya dua kali ganda.

Ia dianggarkan boleh membawa sehingga 100 penumpang. Pembinaan pesawat itu dikenali sebagai projek ZEHRA iaitu "Zero Emission Hypersonic Transportation" yang bermaksud pengangkutan kelajuan tinggi sifar pencemaran. Bahan bakar yang digunakan pula ialah biofuel yang dibuat daripada rumpai laut.

Komponen-komponen yang mencetuskan kelajuan hipersonik
Target penumpang yang akan menaiki pesawat ini ialah ahli perniagaan yang sanggup membayar $8000++ perjalanan dua hala dari London ke New York dan dianggarkan pesawat ini akan memulakan penerbangan komersial pada 2050.

Video:


Sumber : Klik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan