Halaman

Ahad, 26 Jun 2011

Pengimbas Keselamatan Lapangan Terbang Lima Saat

Pada masa hadapan, mungkin para penumpang tidak perlu lagi meninggalkan barang peribadi untuk diimbas di lapangan terbang dan mengambil masa lima saat sahaja untuk diimbas.

Semua ini bakal terjadi kerana ia telah diperkenalkan oleh Ketua Keselamatan, International Air Transport Association (IATA), Ken Dunlap.

Mesin Pengimbas Lapangan Terbang Terbaru

Terowong pintar sepanjang 21 kaki menggabungkan teknologi keselamatan yang baru dan sedia ada di dalam satu tempat dan memendekkan masa menunggu penumpang. Mesin ini dijangka digunakan dalam fasa percubaan selama 18 bulan dan akan digunakan di semua lapangan terbang utama dalam masa lima tahun.

Ia mempunyai kaedah saringan yang sama ada sudah biasa di lapangan terbang seperti pengimbas badan dan dijangka tidak lama lagi akan diperkenalkan pula pengesan cecair.

Sistem IATA akan membahagikan penumpang kepada tiga kategori, mereka akan dikenal pasti oleh sistem iris-pengesahan sebelum memasuki gerbang.

Kategori penumpang mengikut warna
Biru - "Known Travelleriaitu pengembara dikenali akan terlebih dahulu di imbas hanya akan melalui x-ray, pengesan logam dan cecair.

Ungu - "Normal Traveller" iaitu pengembara biasa akan diimbas kasut mereka secara automatik dan melalui pengesan bahan letupan.

Kuning - "Enhanced Traveller" iaitu sesiapa yang berkelakuan menimbulkan kebimbangan seperti penumpang yang membeli tiket satu hala secara tunai akan melalui saluran yang berlainan yang mempunyai pengimbas badan penuh.

Pengimbas untuk "Known Traveller"
Pengimbas untuk "Ehanced Traveller"
Video proses pengimbasan :



Sumber : Klik



Tiada ulasan:

Catat Ulasan