"Water Cannon Salute" berlaku untuk tujuan istiadat apabila kenderaan bergerak di bawah pancutan air yang dipancut oleh dua atau lebih kenderaan pemadam kebakaran.
Di lapangan terbang, biasanya kenderaan pemadam kebakaran dalam jumlah yang genap akan beratur bertentangan di sisi landasan atau apron, dan pancutan air akan membentuk sebuah gerbang. Simbolik perarakan itu akan kelihatan serupa dengan pasangan pengantin berjalan di bawah gerbang perkahwinan atau "Arch Sabres" pada perkahwinan tentera.
"Water Cannon Salute" juga digunakan untuk kapal dan kenderaan air yang lain, dengan air yang dipancut oleh bot pemadam kebakaran.
"Water Cannon Salute" telah digunakan untuk menandakan persaraan juruterbang kanan, pengawal trafik udara atau penerbangan pertama atau terakhir sebuah syarikat penerbangan ke lapangan terbang, atau untuk acara-acara lain yang ketara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan