Halaman

Rabu, 1 Mei 2013

Pesawat Kargo Boeing 747 Amerika Syarikat Terhempas di Afghanistan

7 orang krew sebuah pesawat kargo Boeing 747 Amerika Syarikat telah terbunuh setelah pesawat kargo tersebut terhempas sejurus berlepas dari Pengkalan Udara Begram milik Amerika Syarikat. Pihak Taliban menyatakan mereka terlibat dengan insiden tersebut tetapi pihak NATO menafikan penglibatan mereka.


Kabin Kelas Perniagaan KLM-Royal Dutch Airlines Dalam Pesawat Boeing 747-700

Bagi ahli perniagaan atau orang yang berkemapuan, kabin kelas perniagaan menjadi pilihan mereka untuk penerbangan ke sesuatu destinasi. Tempat duduk yang selesa adalah perlu bagi memastikan keselesaan untuk perjalanan jauh. Kabin kels perniagaan KLM-Royal Dutch Airlines direka semula  mengikuti keperluan moden oleh Hella Jongerius/Jongeriuslab. Rekaan dalaman kabin ini mendapat inspirasi dari corak bintang di angkasa dan permaidani pesawat pula dibuat daripada bahan kitar semula yang berkualiti tinggi termasuk pakaian seragam pramugara dan pramugari yang dikitar semula. Corak permaidani pula adalah berasaskan Galaksi Bima Sakti.


Ahad, 6 Januari 2013

Skil Penerbangan Rendah

Penerbangan pada altitud rendah dilakukan juruterbang pesawat pejuang bagi mengelakkan pesawat mereka dikesan oleh sistem radar. Sebagai contoh ketika Perang Yom Kippur, juruterbang pesawat F4 Phantom Wild Weasel Israel terbang rendah diantara ngarai bagi mengelakkan pesawat mereka dikesan sistem misil anti pesawat  negara Arab. 

Ketika perang dunia kedua pula, pesawat pengebom Amerika Syarikat menyerang kapal pengangkut pesawat Jepun dengan terbang sehampir mungkin ke permukaan laut. Skil penerbangan ini bukan sahaja sukar untuk dikuasai malahan berbahaya jika tidak dilakukan oleh mereka yang berpengalaman.


Rabu, 26 Disember 2012

Livery Pesawat Ulang Tahun MAS Yang Ke-40

Retro! - Mengimbau Masa Lalu Dengan Livery Pesawat Retro 9M-MXA 


Malaysia Airlines Meraikan Kenangan Nostalgia - Penerbangan Nasional yang mempamerkan pesawat dalam livery asal.

Iklan Menarik Turkish Airlines

Kobe Vs. Messi : Legend on Board


Iklan terbaru dari Turkish Airlines yang sangat menarik. Jom layan....