Halaman

Ahad, 22 Disember 2013

Senarai Syarikat MRO (Maintenance, Repair & Overhaul) Di Malaysia

MRO ialah kata singkatan kepada Maintenance, Repair and Overhaul atau Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih. MRO juga boleh didefinisikan sebagai "segala tindakan yang mempunyai objektif untuk mengekalkan atau memulihkan sesuatu perkara dalam keadaan di mana ia boleh melakukan fungsi yang ditetapkan.". Terdapat 32 syarikat MRO di Malaysia yang menyediakan servis tersebut kepada pesawat kecil, peribadi, komersil, kargo dan ketenteraan.


Sabtu, 21 Disember 2013

Pelan Pembangunan Lapangan Terbang Terapung Britannia, London

Lapangan Terbang Heathrow, London adalah lapangan terbang keempat paling sibuk di dunia dan lapangan terbang ini tidak cukup besar untuk mengendalikan dua kali ganda trafik yang diramalkan oleh Jabatan Pengangkutan United Kingdom pada tahun 2030. .

Terdapat cadangan untuk membina landasan ketiga tetapi keburukkannnya keseluruhan kampung-kampung perlu dirobohkan kerana Heathrow terletak di kawasan yang padat di luar London.

Oleh sebab itu, Thames Estuary Research and Development Company (Testradtelah mengeluarkan pelan baru yang "inovatif dan menakjubkan". Iaitu mengambil kesempatan daripada ruang yang tidak digunakan dengan membina sebuah lapangan terbang baru yang terapung di muara Sungai Thames. Lapangan Terbang ini dinamakan Lapangan Terbang Britannia, London.

Pandangan dari udara