Halaman

Sabtu, 7 September 2013

Senarai Syarikat Penerbangan Di Malaysia

Tahukah anda? Malaysia pernah mempunyai sebanyak 22 syarikat penerbangan penumpang dan 5 syarikat penerbangan kargo. Tetapi, daripada 22 syarikat penerbangan penumpang, 8 daripadanya telah tidak aktif lagi.

Kabin Kelas Pertama Syarikat Penerbangan TAM Dari Brazil

Kebanyakkan kabin kelas pertama syarikat penerbangan kelihatan seperti kabin futuristik pada zaman moden. Bagi syarikat penerbangan TAM dari Brazil, mereka mahukan kelas pertama yang mengingatkan penumpang mereka tentang keselesaan seperti rumah mereka sendiri. Oleh sebab itu, rekaan dalaman kabin kelas pertama Boeing B777, syarikat penerbangan TAM kelihatan seperti ruang tamu dengan kerusi empuk yang sangat selesa. Sistem hiburan dalam penerbangan ini juga nampak seperti TV yang digunakan dalam kebanyakkan rumah. Kabin kelas pertama ini telah direka oleh studio rekaan industri Priestmangoode.


Finnair - Syarikat Penerbangan Pertama Yang Menggunakan "Sharklet" Pada Airbus A321

Finnair adalah syarikat penerbangan pertama di dunia dari Finland yang mengendalikan pesawat Airbus A321 dilengkapi "Sharklet" iaitu peranti hujung sayap yang baru dan menjimatkan bahan api. Pesawat ini juga mempunyai pembakaran bahan api, pelepasan dan kesan bunyi bising paling rendah dalam kelasnya.