Halaman

Rabu, 1 Mei 2013

Pesawat Kargo Boeing 747 Amerika Syarikat Terhempas di Afghanistan

7 orang krew sebuah pesawat kargo Boeing 747 Amerika Syarikat telah terbunuh setelah pesawat kargo tersebut terhempas sejurus berlepas dari Pengkalan Udara Begram milik Amerika Syarikat. Pihak Taliban menyatakan mereka terlibat dengan insiden tersebut tetapi pihak NATO menafikan penglibatan mereka.


Kabin Kelas Perniagaan KLM-Royal Dutch Airlines Dalam Pesawat Boeing 747-700

Bagi ahli perniagaan atau orang yang berkemapuan, kabin kelas perniagaan menjadi pilihan mereka untuk penerbangan ke sesuatu destinasi. Tempat duduk yang selesa adalah perlu bagi memastikan keselesaan untuk perjalanan jauh. Kabin kels perniagaan KLM-Royal Dutch Airlines direka semula  mengikuti keperluan moden oleh Hella Jongerius/Jongeriuslab. Rekaan dalaman kabin ini mendapat inspirasi dari corak bintang di angkasa dan permaidani pesawat pula dibuat daripada bahan kitar semula yang berkualiti tinggi termasuk pakaian seragam pramugara dan pramugari yang dikitar semula. Corak permaidani pula adalah berasaskan Galaksi Bima Sakti.