Halaman

Khamis, 28 November 2013

Boeing 777X - Pesawat Komersial Pertama Yang Mempunyai Sayap Boleh Dilipat

Ketika Pertunjukan Udara Dubai yang berlangsung pada tahun ini, Boeing telah melancarkan pesawat komersil terbaru mereka iaitu Boeing 777X. Ciri-ciri terbaru pesawat tersebut ialah sayap pesawat boleh dilipat. Sayap yang dilipat akan meningkatkan kelebaran sayap ketika di udara dan akan menjimatkan bahan api. Sayap pesawat boleh dilipat juga memudahkan pendaratan di lapangan terbang konvensional yang dibina untuk pesawat komersial bersaiz kecil.



Boeing 777X adalah berdasarkan Boeing 777 dengan sayap berdasarkan Boeing 787 Dreamliner, yang mempunyai kelebaran sayap sepanjang 233 kaki (71m). Boeing mendakwa bahawa B777X mempunyai enjin jet berkembar terbesar dan paling cekap menggunakan bahan api di dunia. Kos operasi pesawat tersebut juga dikatakn lebih murah. Boeing juga mengatakan bahawa pesawat B777X akan menggunakan enjin terbaru yang dibuat oleh GE Aviation iaitu enjin GE9X dengan kecekapan menggunakan bahan api sebanyak 12% lebih tinggi daripada pesawat yang dibuat syarikat lain. 

Baru-baru ini, Boeing telah menerima sebanyak 342 tempahan untuk B777X. Terdapat dua model B777X yang dikeluarkan iaitu B777-9X dan B777-8X. B777-9X dibina untuk jarak yang lebih pendek (15,185 km) tetapi akan mempunyai kos operasi yang paling rendah untuk setiap tempat duduk mana-mana pesawat komersil, manakala B777-8X dibina untuk jarak yang lebih panjang (17,220 km). 


B777-9X dan B777-8X

B777-9X

B777-9X




GE9X

GE9X



Sumber: Klik


Tiada ulasan:

Catat Ulasan