Halaman

Jumaat, 4 Oktober 2013

Lapangan Terbang Antarabangsa Hefei Xinqiao Yang Berbentuk Pesawat Pengebom B2

Di Hefei, ibu kota Provinsi Anhui, China terdapat sebuah lapangan terbang antarabangsa yang baru dibina. Ianya mula dibina pada Disember 2008 dan dibuka 30 Mei yang lalu dengan jumlah pelaburan 3.278 billion yuan. Lapangan Terbang Antarabangsa ini dibina bagi menggantikan Lapangan Terbang Luogang sebagai lapangan terbang utama Hefei. Lapangan terbang antarabangsa ini dikendalikan oleh Anhui Civil Aviation Airport Group Co. Ltd.


Lapangan terbang antarabangsa ini mempunyai reka bentuk menarik seperti sebuah pesawat pengebom stealth Northrop B2 Spirit milik Amerika Syarikat. Tetapi, menurut jurubina, terminal lapangan terbang antarabangsa ini diilhamkan dari bentuk ikan tropika. 

Fasa pertama pembinaan ialah sebuah landasan sepanjang 3,400 meter dan 45 meter lebar (kelas 4E) dan sebuah bangunan terminal berukuran 108,500 meter persegi untuk mengendalikan jumlah unjuran tahunan  11 juta penumpang dan 150,000 tan kargo menjelang tahun 2020.  

Fasa kedua sedang dirancang untuk mengendalikan 42 juta penumpang dan 580,000 tan kargo menjelang 2040.





Sumber: Klik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan