Halaman

Khamis, 29 Disember 2011

Pesawat Pejuang Generasi Keempat "Stealth" China

 Chengdu J-20


Pesawat pejuang ini kini sedang menjalani ujian di Insitut Rekaan Pesawat Chengdu dan kewujudannya menyebabkan beberapa pengkaji senjata ketenteraan dunia tidak senang duduk. 


Selasa, 27 Disember 2011

Sukhoi PAK FA


Pesawat pejuang Sukhoi PAK FA (Prospective Airborne Complex of Frontline Aviation) yang terbaru direka hasil kerjasama Russia dan India. Pesawat pejuang generasi kelima ini ialah sebuah pesawat "stealth" yang dibina bagi menyaingi pesawat pejuang F-22 milik Tentera Udara Amerika Syarikat. 

Ahad, 25 Disember 2011

Helikopter Mengangkut Kapal Terbang

Mil Mi 26 - Halo


Mil Mi 26 - Halo merupakan helikopter buatan Russia. Mil Mi 26 - Halo ialah helikopter yang boleh mengangkut beban paling berat di dunia yang masih beroperasi. 

Sabtu, 24 Disember 2011

Rekaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait


Ini ialah rekaan lapangan terbang terbaru Kuwait yang bakal dibina tidak lama lagi. Ianya rekaan Firma Foster and Partners yang mereka kampus terbaru Apple berbentuk UFO dan Universiti Teknologi Petronas. Macam kebanyakkan rekaan  Firma Foster and Partners , bangunan ini banyak menggunakan ruang terbuka dan atap yang tinggi. Lapangan terbang ini bakal menjadi lapangan terbang paling mesra alam dengan pensijilan tahap emas LEED. Bahagian atapnya mempunyai lubang terbuka yang memberikan pencahayaan semula jadi di waktu siang. Ini menjimatkan penggunaan lampu. Atapnya juga diletakkan panel "photovoltaic" yang dapat menghasilkan tenaga elektrik. Apabila siap kelak, dua terminal berbentuk tiga segi ini mampu menampung sebanyak 13 juta penumpang setahun.

Jumaat, 23 Disember 2011

Proses Menukar Tayar Kapal Terbang

Berikut merupakan proses sebuah kapal terbang milik Cathay Pacific ditukar. Sedikit fakta tentang tayar kapal terbang, sebagai contoh sebuah pesawat Boeing 747 mempunyai 18 buah tayar yang setiap satunya seberat 209 kg. Tayar harus ditukar setiap 1500 pendaratan dan dalam jangka hayat ini ianya akan di bungakan semula sebanyak enam kali. Proses menukar tayar seperti dibawah mengambil masa diantara 45 minit hingga ke satu jam.



Jumaat, 16 Disember 2011

Antonov AN-225 - Pesawat Pengangkut Gergasi Buatan Rusia


Antonov AN-225 ialah kapal terbang pengangkut terbesar di dunia. Lebih besar lagi dari Airbus A380. Tujuan asal ianya dibina ialah untuk mengangkut kapal angkasa program angkasa Soviet Union. Program Shuttle atau Buran terhenti kerana kejatuhan kerajaan Soviet Union. Akibatnya, program pembinaan AN-225 juga terkandas. Ianya hanya kembali beroperasi di awal tahun 2000 apabila ada permintaan untuk mengangkat kargo yang sangat berat dengan cepat. Rekod angkutan maksimum Antonov AN-225 ialah 189 000 tan.

Sabtu, 3 Disember 2011

Boeing 787 Dreamliner


Boeing 787 Dreamliner merupakan pesawat komersil pertama yang dibuat dengan majoriti bahan komposit manakala pesawat sebelum ini menggunakan Aluminium. Pengurangan berat, rekaan semula hidung dan aerodinamik pesawat membuatkan Boeing 787 Dreamliner 20% lebih efisyen dalam penggunaan minyak berbanding Boeing 767 yang mempunyai saiz yang sama.