Halaman

Khamis, 29 Disember 2011

Pesawat Pejuang Generasi Keempat "Stealth" China

 Chengdu J-20


Pesawat pejuang ini kini sedang menjalani ujian di Insitut Rekaan Pesawat Chengdu dan kewujudannya menyebabkan beberapa pengkaji senjata ketenteraan dunia tidak senang duduk. 


Selasa, 27 Disember 2011

Sukhoi PAK FA


Pesawat pejuang Sukhoi PAK FA (Prospective Airborne Complex of Frontline Aviation) yang terbaru direka hasil kerjasama Russia dan India. Pesawat pejuang generasi kelima ini ialah sebuah pesawat "stealth" yang dibina bagi menyaingi pesawat pejuang F-22 milik Tentera Udara Amerika Syarikat. 

Ahad, 25 Disember 2011

Helikopter Mengangkut Kapal Terbang

Mil Mi 26 - Halo


Mil Mi 26 - Halo merupakan helikopter buatan Russia. Mil Mi 26 - Halo ialah helikopter yang boleh mengangkut beban paling berat di dunia yang masih beroperasi. 

Sabtu, 24 Disember 2011

Rekaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait


Ini ialah rekaan lapangan terbang terbaru Kuwait yang bakal dibina tidak lama lagi. Ianya rekaan Firma Foster and Partners yang mereka kampus terbaru Apple berbentuk UFO dan Universiti Teknologi Petronas. Macam kebanyakkan rekaan  Firma Foster and Partners , bangunan ini banyak menggunakan ruang terbuka dan atap yang tinggi. Lapangan terbang ini bakal menjadi lapangan terbang paling mesra alam dengan pensijilan tahap emas LEED. Bahagian atapnya mempunyai lubang terbuka yang memberikan pencahayaan semula jadi di waktu siang. Ini menjimatkan penggunaan lampu. Atapnya juga diletakkan panel "photovoltaic" yang dapat menghasilkan tenaga elektrik. Apabila siap kelak, dua terminal berbentuk tiga segi ini mampu menampung sebanyak 13 juta penumpang setahun.

Jumaat, 23 Disember 2011

Proses Menukar Tayar Kapal Terbang

Berikut merupakan proses sebuah kapal terbang milik Cathay Pacific ditukar. Sedikit fakta tentang tayar kapal terbang, sebagai contoh sebuah pesawat Boeing 747 mempunyai 18 buah tayar yang setiap satunya seberat 209 kg. Tayar harus ditukar setiap 1500 pendaratan dan dalam jangka hayat ini ianya akan di bungakan semula sebanyak enam kali. Proses menukar tayar seperti dibawah mengambil masa diantara 45 minit hingga ke satu jam.



Jumaat, 16 Disember 2011

Antonov AN-225 - Pesawat Pengangkut Gergasi Buatan Rusia


Antonov AN-225 ialah kapal terbang pengangkut terbesar di dunia. Lebih besar lagi dari Airbus A380. Tujuan asal ianya dibina ialah untuk mengangkut kapal angkasa program angkasa Soviet Union. Program Shuttle atau Buran terhenti kerana kejatuhan kerajaan Soviet Union. Akibatnya, program pembinaan AN-225 juga terkandas. Ianya hanya kembali beroperasi di awal tahun 2000 apabila ada permintaan untuk mengangkat kargo yang sangat berat dengan cepat. Rekod angkutan maksimum Antonov AN-225 ialah 189 000 tan.

Sabtu, 3 Disember 2011

Boeing 787 Dreamliner


Boeing 787 Dreamliner merupakan pesawat komersil pertama yang dibuat dengan majoriti bahan komposit manakala pesawat sebelum ini menggunakan Aluminium. Pengurangan berat, rekaan semula hidung dan aerodinamik pesawat membuatkan Boeing 787 Dreamliner 20% lebih efisyen dalam penggunaan minyak berbanding Boeing 767 yang mempunyai saiz yang sama.

Isnin, 28 November 2011

Boeing 747 Dreamlifter - Pesawat Kargo Gergasi Boeing


Boeing 747 Dreamlifter ialah 4 pesawat khas yang dibina oleh Boeing bagi memudahkan operasi pemasangan pesawat 787 Dreamliner mereka. Komponen pesawat ini dibuat di merata dunia menyebabkan pengangkut kargo gergasi diperlukan. Pada awalnya Boeing bercadang menggunakan kapal kargo biasa tetapi masa yang diambil untuk berlayar adalah terlalu lama. Sebagai contoh sayap 787 dibina di Jepun tetapi kilang pemasangan akhir pesawat terletak di Amerika Syarikat.

Sabtu, 29 Oktober 2011

Festival Udara Malaysia 2011

PERHATIAN KEPADA PEMINAT-PEMINAT DUNIA PENERBANGAN!!!


Penerbangan Sulung A380 MAS


Pada 21 Oktober 2011, A380 MAS telah pun mengambil penerbangan sulung selepas ujian sistem dan pemasangan yang telah dilakukan di Toulouse, Perancis.


Kamov KA-52 Black Shark

Helikopter Tempur Tentera Udara Russia



Helikopter tempur ini mempunyai muatan senjata sebanyak 10 800 kg dan mampu memecut sehingga 270 kmj. Kamov KA-52 sebenarnya variasi kepada KA-50 yang hanya mempunyai ruang untuk seorang juruterbang sahaja. 

Rekaan Pelik Kerusi Penumpang Kapal Terbang

Skyrider Seats


Kerusi berkonsepkan pelana ini dinamakan "Skyrider Seats". Ini bermakna sepanjang penerbangan penumpang akan duduk seperti sedang menunggang kuda. Tujuan kerusi ini direka ialah bagi memaksimakan jumlah penumpang didalam sesebuah kapal terbang. Sasaran psarannya ialah syarikat penerbangan tambang murah yang mahu menjimatkan kos dan menaikkan keuntungan.

Khamis, 8 September 2011

Terowong Udara Terbesar Di Dunia

Terowong Udara Pusat Penyelidikan Ames



Terowong udara terbesar di dunia sebesar 80 x 120 kaki (24 x 27 meter). Ianya dibina  pada tahun 1940-an dan digunakan untuk menguji model berskala besar pesawat milik Tentera Udara Amerika Syarikat. Kawasan sekitar terowong udara ini dikawal rapi. Dari perang dunia kedua sehingga sekarang dan hanya rakyat Amerika dibenarkan masuk ke perkarangannya. 

Ahad, 4 September 2011

49th International Paris Air Show 2011

Paris Air Show merupakan pameran penerbangan dan angkasa yang terkemuka di dunia yang telah dilaksanakan selama lebih 100 tahun.

Sabtu, 9 Julai 2011

10 Lapangan Terbang Paling Ekstrem Di Dunia

10. Lapangan Terbang Lukla, Nepal
Tempat pertama yang akan dijejaki pendaki-pendaki untuk ke Gunung Everest. Siren akan memberitahu penduduk apabila pesawat akan mendarat di sini. Helikopter dan pesawat jenis Twin Otter sahaja yang boleh mendarat di landasan kapal terbang ini yang berketinggian 20 000 kaki di atas bukit.


9. Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, Osaka, Jepun
Tanah adalah sumber yang sukar didapati di Jepun, jadi projek untuk membina struktur ini diketuai oleh jurutera adalah kira-kira 3 batu luar pesisir pantai ke Osaka Bay. Pembinaan di pulau buatan manusia ini bermula pada tahun 1987 dan setelah siap pada 1994, jet jumbo telah mendarat di lapangan terbang ini. Pelancong boleh keluar dari lapangan terbang ke Pulau Honshu melalui kereta api, kereta atau feri berkelajuan tinggi .

8. Lapangan Terbang Gibraltar, Gibraltar
Antara Maghribi (Morroco) dan Sepanyol, terdapat wilayah kecil British iaitu Gibraltar. Lapangan terbang ini telah wujud sejak Perang Dunia II, dan ia terus berkhidmat sebagai pangkalan Tentera Udara Diraja United Kingdom dan lapangan terbang penerbangan komersil pada setiap hari. Yang menakjubkan, landasan lapangan terbang ini bersambung dengan jalan raya.


7. Lapangan Terbang Antarabangsa Madeira, Madeira, Portugal
Madeira adalah sebuah pulau kecil jauh di luar pantai Portugal. Pembinaan lapangan terbang yang mampu menampung pendaratan pesawat bersaiz komersil sangat penting kepada pembangunan. Landasan asal lapangan terbang ini hanya kira-kira 5000 kaki panjang, menimbulkan risiko yang besar walaupun  kepada juruterbang yang paling berpengalaman dan perkara ini mengehadkan import dan pelancongan.


6. Landasan Ais, Antartika
Landasan Ais adalah salah satu daripada tiga lapangan terbang utama yang digunakan untuk menurunkan bekalan dan penyelidik ke Station McMurdo, Antartika. Daripada namanya, tidak ada landasan berturap di sini, hanya ais dan salji sahaja.



5. Lapangan Terbang Congonhas, Sao Paolo, Brazil
Kebanyakan bandar besar mempunyai lapangan terbang, tetapi jarang sekali ada yang membina lapangan terbang yang hanya 5 kilometer dari pusat bandar, terutamanya di bandaraya metropolis seperti Sao Paulo.


4. Lapangan Terbang Antarabangsa Courchevel, Courchevel, Perancis
Panduan ke resort ski Courchevel memerlukan navigasi Alps Perancis yang menggerunkan sebelum membuat pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Courchevel. Jarak landasan adalah kira-kira 1700 kaki, tetapi yang mengejutkan adalah bukit besar yang berada ditengah-tengah landasan.


3. Lapangan Terbang Antarabangsa Princess Juliana, Simpson Bay, St. Maarten
Mendarat di Pulau Caribbean ini memaksa juruterbang untuk terbang rendah di atas pantai kecil, pagar dan menyeberangi jalan raya sebelum mencecah landasan.


2. Lapangan Terbang Svalbard, Svalbard, Norway
Svalbard merupakan satu kelompok kepulauan Norway yang terletak di Lautan Artik. Lapangan Terbang Svalbard terbuka kepada penerbangan komersil, menjadikannya lapangan terbang utara dunia yang membolehkan pelancong menempah tiket.


1. Lapangan Terbang Juancho E. Yrausquin, Saba, Antillen Belanda
Penerbangan untuk ke pulau seperti syurga ini sedikit menyedihkan kerana landasan sepanjang 1300 kaki, lebih panjang sedikit daripada landasan pesawat pengangkut.

Jumaat, 8 Julai 2011

5 Jet Pejuang Termahal

1. Sukhoi Su-37 ($147.7 juta)
Sukhoi Su-37 atau Flanker-F (NATO) buatan Rusia adalah sebuah jet pejuang eksperimental kerusi tunggal. Ia dikembangkan dari Sukhoi Su-35. Jet pejuang sepanjang 22.18 meter ini pertama kali diterbangkan pada tahun 1996 oleh Tentera Udara Rusia.

Sukhoi Su-37 mempunyai kelajuan maksimum 1550 mph. Ini adalah salah satu jet pejuang paling mahal dalam sejarah kerana berharga $147.7 juta pada tahun 1996 dan hanya 2 unit dibina. Malah turut dilengkapi dengan meriam GSH-30  dengan 150 pusingan.



2. F-22 Raptor ($142.6 juta)
Lockheed Martin/Boeing F-22 Raptor adalah yang paling popular dan paling produktif dari semua pesawat pejuang moden. Jet pejuang kerusi tunggal ini dipercayai jet pejuang terbaik di dunia. Mesin berkembar jet pejuang generasi ke-5 ini dibangunkan oleh AS menggunakan teknologi halimunan. F-22 direka terutama sebagai pesawat pejuang penguasaan udara dan juga serangan darat, peperangan elektronik dan isyarat perisikan. 
Jet sepanjang 18.9 meter ini berharga $142.6 juta pada tahun 2009. Ia memiliki kelajuan maksimum 1500 mph. Malah, dilengkapi dengan mesingan M61 A2, peluru berpandu udara-ke-tanah dan lain-lain.

3. Mitsubishi F-2 ($108 juta)
Jet pejuang Jepun Mitsubishi F-2 dihasilkan bersama oleh Mitsubishi Heavy Industries dan Lockheed Martin. Dengan 15.52 meter panjangnya, jet pejuang multi-peranan ini bernilai $108 juta. Kelajuan maksimum adalah 2.0 mach.

Senjata disertakan padanya meliputi; 
meriam 20 mm JM61A1 , bom jatuh bebas dengan kepala carian IIR GCS-1, peluru berpandu anti-kapal, senjata udara-ke-tanah dan lain-lain.


4. Sukhoi PAK FA ($100 juta)
Jet pejuang Rusia yang dikenali Sukhoi PAK FA akan menjadi pengganti bagi Mig-29 Fulcrum dan Su-27 Flanker. Jet pejuang ini direka untuk terus bersaing dengan F-22 Raptor dan F-35 Lightning II. Jet pejuang anti-radar multi-peranan dengan panjang 22 meter dan dengan kelajuan maksimum 2.45 mach atau 1615 mph akan diperkenalkan pada tahun 2013. Satu ribu unit akan dibina dan kos seunit adalah sekitar $100 juta. Senjata utamanya adalah mesingan 30mm GSH-30-1 dan 10 peluru berpandu.


5. F-15K Slam Eagle ($100 juta)
F-15K Slam Eagle merupakan rekaan lanjutan dari F-15E, ditempah dan dihantar kepada Tentera Udara Republik Korea (ROKAF). Salah satu antara banyaknya ciri-ciri yang tidak ditemui pada F-15E meliputi;. AAS-42 Infrared Search and Track (IRST), Joint Helmet-Mounted Communication System (JHMCS) dan AN/APG-63 Advance Radar V01 yang membuatnya jauh lebih mahal. Malah juga boleh menggunakan senjata canggih.

Sabtu, 2 Julai 2011

Minyak Masak Terpakai Pengganti Bahan Api Kapal Terbang

Syarikat penerbangan Belanda, KLM telah memikirkan cara yang bijak untuk mengurangkan pengeluaran karbon mereka. Iaitu dengan menggantikan bahan api kapal terbang dengan biofuel yang diperbuat daripada minyak masak yang dikitar semula.


Jumaat, 1 Julai 2011

10 Syarikat Penerbangan Terbaik Di Dunia 2011


Helikopter Terpantas Di Dunia

Eurocopter X3



Masih lagi prototaipEurocopter X3 menggunakan sistem hibrid yang boleh mencapai kelajuan 220 knots atau 250 meter per jam atau 410 kilometer per jam dengan tahap penerbangan yang stabil dan mantap. Eurocopter X3 menggunakan dua turboprop dipasang pada sayap.

Selasa, 28 Jun 2011

Helikopter Antik Berkuasa Elektrik

Projek Firefly

Walaupun masih dalam kajian, Firefly bukanlah helikopter yang baru dalam dunia penerbangan tetapi ia merupakan pesawat antik.

Ia dibina pada kerangka helikopter 269 Hughes pertama yang dijual pada tahun 1961.
 Model ini berkembang menjadi Schweitzer 300 dan kini Sikorsky S-300 selepas Sikorsky mengambil alih sebagai syarikat induknya iaitu syarikat pembuatan helikopter.



Ahad, 26 Jun 2011

Kapal Terbang Konsep Airbus 2050

Airbus 2050
Airbus merancang untuk membina pesawat yang memberi pemandangan dunia luar lebih baik dan besar dari tempat duduk pesawat mereka pada masa akan datang. 


Pengimbas Keselamatan Lapangan Terbang Lima Saat

Pada masa hadapan, mungkin para penumpang tidak perlu lagi meninggalkan barang peribadi untuk diimbas di lapangan terbang dan mengambil masa lima saat sahaja untuk diimbas.

Semua ini bakal terjadi kerana ia telah diperkenalkan oleh Ketua Keselamatan, International Air Transport Association (IATA), Ken Dunlap.

Mesin Pengimbas Lapangan Terbang Terbaru

Jumaat, 24 Jun 2011

Alat Pembersih Enjin Pesawat Mesra Alam

ECOPower

Alat pembersih enjin pesawat Pratt and Whitney ECOPower

Dengan kenaikkan pasaran minyak dunia dan sensitiviti masyarakat mengenai pencemaran alam, syarikat pembuatan enjin pesawat, Pratt and Whitney telah menghasilkan sebuah alat pembersih enjin pesawat. Alat pembersih enjin ini juga menjadi rebutan banyak syarikat penerbangan kerana selain mesra alam, ia juga dapat menjimatkan kos penggunaan berjuta-juta gelen minyak setahun. Baru-baru ini juga syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) juga menyewa alat ini.

Pesawat Penumpang Hipersonik Masa Hadapan

Projek ZEHRA

Lakaran artis pesawat penumpang hipersonik
Syarikat aeroangkasa, European Aeronautic Defence and Space Company N.V. (EADS) yang membina pesawat Airbus mendedahkan rancangan untuk membina pesawat penumpang hipersonik yang mengambil masa dua setengah jam penerbangan dari Paris ke Tokyo. Projek ini telah berjalan selama lima tahun.

Khamis, 23 Jun 2011

Model Lapangan Terbang Yang Terbesar Di Dunia

Sebanyak 40 kapal terbang, 40 000 lampu, 15 000 patung kecil, 500 kereta, 10 000 pokok, 50 kereta api, 1000 wagon, 100 tanda isyarat, 200 suis, 300 bangunan dan memerlukan kos sebanyak $4.8 juta. Maka terhasil sebuah model lapangan terbang yang terbesar di dunia yang terletak di Miniatur Wunderland, Hamburg, Jerman. 

Saiz sebenar Model Lapangan Terbang

Rabu, 22 Jun 2011

Jet Pejuang Prototaip Terbaru Boeing

Boeing Phantom Ray




Boeing telah menghasilkan sebuah jet pejuang prototaip terbaru tanpa pemandu dan juga tidak boleh dikesan radar. Jet pejuang ini masih dalam pembangunan dan telah melakukan penerbangan pertama pada 27 April 2011 di Edwards Air Force Base, USA. Rekaan Jet pejuang ini mengikut jet pejuang prototaip X-45C yang juga dihasilkan Boeing.

Selasa, 21 Jun 2011

Kegunaan Sebenar tag "Remove Before Flight"

Boleh dikatakan sekarang "Remove Before Flight' yang dijadikan key chain ataupun t-shirt menjadi kegilaan dan kebanggaan orang ramai khususnya pelajar jurusan penerbangan dan penyelenggaraan pesawat. Tapi tahukah anda fungsi sebenar benda ini?

Key Chain

10 Lapangan Terbang Terbaik Dunia 2011

Anugerah ini telah diberikan oleh Skytrax iaitu pengedali laman sesawang terbesar di dunia yang membuat ulasan mengenai lapangan terbang dan syarikat penerbangan seluruh dunia.